Peluang Istimewa Untuk Semua Warga Smk Tinggi Melaka

Sep 08, 2024
Peluang Istimewa Untuk Semua Warga Smk Tinggi Melaka

🌟 Peluang Istimewa untuk Semua Warga SMK Tinggi Melaka! 🌟

Dengan hormatnya kami menjemput anak-anak tuan/puan untuk menyertai Bengkel Eksplorasi AIoT pada 14 September 2024 di MMU Melaka. Bengkel ini adalah kerjasama antara Universiti Multimedia dan SMK Tinggi Melaka untuk Program Pemindahan Ilmu. Dalam bengkel ini, anak-anak akan belajar bagaimana AI dan IoT berfungsi bersama, dengan tumpuan pada analisis masa nyata dan proses membuat keputusan. Makan tengah hari disediakan, dan lawatan singkat ke fasiliti MMU turut disertakan.

🗓️ Tarikh: 14 September 2024
🕘 Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
📍 Tempat: MMU Melaka

🔗 Daftar sekarang: https://forms.office.com/r/rSC1Bb7SKp

Mari kita bersama-sama menginspirasi generasi inovator masa depan!

Dr. Nor Hidayati Abdul Aziz
Ketua Program
Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi
Universiti Multimedia (MMU)


FOLLOW US
CONTACT US
SMK Tinggi Melaka - Malacca High School
SMK Tinggi Melaka,
Jalan Chan Koon Cheng,
75000,

Phone : +6062824466